Utiliti

Air dan Kumbahan

Air paip telah menjalani pemeriksaan kualiti dan selamat diminum.

Pusat Khidmat Pembayaran, Bahagian Perkhidmatan Bil,

Biro Air dan Kumbahan
095-829-1207

Dibuka pada hari bekerja, 08:45 hingga 17:30 (pejabat ditutup pada hari cuti dan dari 29 Dis hingga 3 Jan)

Hantar Pemberitahuan Apabila...

• Menghidupkan/ mematikan bekalan air anda
• Apabila tidak menggunakan bekalan air untuk tempoh yang lama
• Menukar nama pemegang akaun
• Kaedah Pemberitahuan
• Melalui telefon
• Melalui internet

https://www.city.nagasaki.lg.jp/water/uketsuke/

Pembayaran

Caj air dan kumbahan dibilkan bersama- sama. Terdapat 3 kaedah pembayaran:

• Pemindahan bank
• Bil pemberitahuan
• Kad kredit

Hubungi Pusat Khidmat Pembayaran.

Bahagian Perkhidmatan Bil, Biro Air dan Kumbahan untuk maklumat lanjut.

Elektrik

Voltan Jepun adalah 100 volt (V). Frekuensi Nagasaki ialah 60 hertz (Hz). Sila semak keserasian peralatan elektrik anda.
*Peralatan yang tidak serasi boleh pecah atau menyebabkan kebakaran.

Kyushu Electric Power Co.,Inc.

Pejabat Nagasaki tel: 0120-986-405
Hari bekerja: 09:00 hingga 17:00 (pejabat ditutup pada hari cuti dan dari 29 Dis hingga 3 Jan)

Hantar Pemberitahuan Apabila:

• Menghidupkan/ mematikan elektrik anda
• Apabila tidak menggunakan elektrik untuk tempoh yang lama
• Menukar nama pemegang akaun

Kaedah Pemberitahuan

• Melalui telefon
• Melalui internet

http://www.kyuden.co.jp/rate_reception_index.html

Pembayaran

Meter elektrik anda akan diperiksa setiap bulan, dan anda akan dibilkan untuk jumlah elektrik yang telah digunakan oleh isi rumah anda.

Terdapat 3 kaedah pembayaran:

• Pemindahan bank
• Bil pemberitahuan
• Kad kredit

Hubungi Kyushu Electric Power Co., Inc. Nagasaki Office untuk maklumat lanjut.

Gas

Isi rumah di Jepun sama ada menggunakan gas asli atau gas propana.

Pemberitahuan akan berada dalam peti pos atau kediaman anda apabila anda berpindah masuk. Hubungi nombor pada pemberitahuan untuk menggunakan gas.

Hantar Pemberitahuan Apabila...

• Menghidupkan/ mematikan bekalan gas anda
• Apabila tidak menggunakan gas untuk tempoh yang lama
• Menukar nama pemegang akaun

Kaedah Pemberitahuan

Kaedah bergantung kepada syarikat gas anda. Sila hubungi syarikat gas anda untuk maklumat lanjut.

Pembayaran

Meter gas anda akan diperiksa setiap bulan, dan anda akan dibilkan untuk jumlah gas yang telah digunakan oleh isi rumah anda.
Kaedah pembayaran berbeza-beza bergantung kepada syarikat gas. Sila hubungi syarikat gas anda untuk maklumat lanjut.

• Maklumat Rujukan
• Gas Saibu

https://www.saibugas.co.jp/move/

3-14-7 NARUTAKI, NAGASAKI, JEPUN, 850-0011
chevron-down-circle